Standard & Poor's
Standard & Poor's

Standard & Poor's

Standard & Poor's Financial Services LLC (S&P) ialah sebuah syarikat perkhidmatan kewangan dari Amerika Syarikat. Ia merupakan sebuah anak syarikat bagi S&P Global yang menerbitkan penyelidikan dan analisis kewangan saham, bon dan komoditi. S&P juga dikenali dengan indeks bursa saham seperti S&P 500 yang berpangkalan di Amerika, S&P/TSX di Kanada, dan S&P/ASX 200 di Australia. S&P dianggap sebagai sebuah daripada agensi penarafan kredit Big Three, yang termasuk Moody's Investors Service dan Fitch Ratings.[2] Ibu pejabatnya terletak di 55 Water Street di Manhattan Hilir, Bandar Raya New York.[3]